Friday, May 16, 2008

Drama Edisi 7

Hari ini saya dengan ayah saya sedang menonton televisyen. Kami mendapat berita bahawa Dato Seri S. Samy Vellu atau lebih dikenali sebagai Semi Value di kalangan bloggers tempatan akan ditemubual secara langsung di NTV7 sebuah saluran televisyen nasional.

Dengan pernuh minat kami menonton temubual tersebut, maklumlah seorang pemimpin yang angkuh kini kalah teruk dalam pilihanraya yang lepas dan telah menimbulkan huru hara di kalangan kaum India di Malaysia. Dipersembahkan dalam program tersebut bahawa MIC kini akan berubah wajah untuk membantu kaum India di Malaysia.

Soalan demi soalan yang ditanya oleh pemberita NTV7, Semi Value asyik dengan tekunnya menjawab segala soalan dengan tenang. Antara soalan-soalan yang dikemukakan kepada DS Semi Value adalah soalan seperti,

1) apa tindakan MIC atas kegagalan pelajar-pelajar cemerlang SPM yang gagal dalam permohonan kepada JPA,

2) adakah seperti kata Malaysiakini, kerajaan BN-UMNO patut dipersalahkan atas pelepasan tangan 5 buah negeri yang termasuk Wilayah Persekutuan.

3) Apakah objektif atau peranan MIC dalam pernukaran wajah baru kepada kaum India di Malaysia.

Ini adalah beberapa soalan yang ditanyakan kepada Semi Value.

Apa yang memeranjatkan kami adalah cara beliau menjawab soalan dengan tenang. Rupa rupanya semua ini adalah drama semata-mata.

Dia asyik membaca segala jawapan kepada soalan daripada kertas di atas mejanya. Inikah dikatakan sesi temubual esklusif secara langsung. Ini dipanggil drama esklusif secara langsung!

Jangan sekali-kala cuba bodohkan kami, kini kami bukan macam dulu seperti katak di bawah tempurung. Segala kata-kata yang datang dari mulut kamu, segala itulah kami percaya bulat bulat. Tidak. Kami tidak akan terpedaya lagi dengan tipu helah anda dan konco konco anda.

Drama yang saya dan semua rakyat India di Malaysia tontoni, membuatkan kami ketawa sehinggakan menitis air mata. Bukalah mata kamu and fikirkan helah yang lebih bijaksana sebelum dipentaskan. Setakat kamu hendak baca segala jawapan yang telah disediakan oleh NTV7 dan lain-lain pihak yang terlibat membuatkan kami meluat.

Sudah terlalu banyak skrip temubual yang telah Dato Sri persembahkan kepada rakyat India. Sudah terlalu banyak rakyat yang tertipu dengan wayang kulit yang ditayangkan.
Sudahlah..Insaflah..

Ingat kami bukan bodoh. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Sekian Terima Kasih

Rujjcoomarh.

p/s: I feel so funny writing this whole article in BM but thought of doing it. If you would like to have the translation do let me know. To all others who thinking why I wrote in BM, well this is my blog. Thats why its called Rujjs Fuccadillicz!

No comments: