Thursday, September 17, 2015

Bayangkanlah…

Bayangkanlah…
Apa yang terpaksa dilalui rakyat
Disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab …
Disebabkan perlakuan yang kurang beradab..
Bayangkanlah..
Walaupun Negara menuju kemakmuran dan keutuhan berbilang kaum
Malang ada yang masih membangkitkan unsur perkauman dan rasis
Apakah tidak kita merenungi, kepahitan, keperitan dan keseksaan pejuang kita
Yang bertungkus lumus untuk kemerdekaan, supaya rakyat boleh hidup tenteram
Apakah tidak kita bertanggungjawab untuk meletakkan Malaysia di mata dunia
Sepertimana semangat perpaudan kita disanjungi, disegani dan dicontohi oleh Negara asing..
Bayangkanlah..
Apa yang boleh kita capai dengan kerjasama antara kaum..
Tiada kemelesetan, tiada perbalahan, tiada kemerosotan
Adakah mustahil untuk menjejakkan kaki di puncak dunia atau di luar angkasa, tidak sama sekali
Biarkanlah..
Mereka yang berkerumun untuk melaung penghinaan bangsa yang lain,
Menegakkan sepanduk rasis bukan sepanduk hormat…
Bah kata pepatah, nila setitik rosak susu sebelanga..
Terima kasih kepada rakan-rakan saya yang lain bangsa dari zaman persekolahan sehingga dewasa, yang tidak kurang adab dan kehormatan, masih berbudi pekerti.. sekilan teringat saya bila kami mengagihkan makanan dan makan bersama, menjemput ke-rumah di hari perayaan, menghormati kepercayaan dan agama.
Syukurlah kebanyakan mereka masih sama, tiada perbalahan kaum, persindiran agama dan mengecilkan perasaan. Terima kasih kerana masih utuh dan akrab persahabatan kita.
Hari Malaysia bukan untuk sehari malah untuk selamanya.
Bayangkanlah....
Terima Kasih & Salam ‪#‎1Malaysia‬.
Rujjcoomarh.

No comments: